Belina Shop

Kebebasan Akhbar Ala Komunis DAP


DAP adalah peninggalan PAP Singapura apabila Singapura meninggalkan Malaya pada 1965. Justeru itu apabila DAP melaungkan kebebasan bersuara dan kebebasan media ia kelihatan sungguh aneh dan pelik.

PAP diketahui umum menguasai media negara tersebut sejak dahulu sehingga sekarang. Hampir kesemua pemimpin pembangkang mereka disaman dan dimufliskan apabila tersalah cakap. Malahan sukar sekali mencari kenyataan media pemimpin pembangkang di Singapura berbanding di Malaysia.


Boleh dikatakan tiada siapa antara kita yang kenal pemimpin pembangkang terkemuka Singapura.

Anak didik PAP di Malaysia, DAP, berkempen serata Malaysia bercakap soal kebebasan media. Apabila berkuasa mereka memilih untuk mendiskriminasi media yang tidak mahu bersengkongkol dengan mereka.

Menurut Malaysiakini.com, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, hari ini, menghalau wartawan Utusan dari sidang akhbar Majlis Angkat Sumpah Presiden Majlis Perbandarang Seberang Jaya kerana tidak berpuas hati dengan laporan Utusan.

Beliau juga dilaporkan enggan menjawab soalan dari NST kerana tidak berpuas hati dengan sikap akhbar tersebut mengkritik pentadbirannya.

Inilah bentuk kebebasan media dan bercakap yang mereka perjuangkan. Hanya komunis bertindak seperti Lim Guan Eng. Di sebuah negara Komunis mereka telah menyekat akses internet sempena hari pro demokrasi mereka.

Lihat sahaja di mana-mana negara yang diperintah oleh kumpulan politik sealiran Lim Guan Eng ini, adakah kebebasan media lebih baik dari kita?

Kebebasan Media? Bullshit!

2 comments:

Kucing Parsi said...

bunuh kapitalis

Sharps Shooters said...

REJAM TERUSSS PUNN TAKKPPEERRR! HAHAHAA!

Post a Comment