PUB BARU DIBUKA OLEH KERAJAAN ISLAM PAS KEDAH!

Lesen arak dan karaoke yg terbaru diluluskan oleh Kerajaan Pas Kedah. Gah kononnya, inilah kerajaan islam...islam kah mcm ni atau retorik politik saja? Kemarin naik pub, hari ni baru ustad 'eizan bagi ucapan....macam ni barulah tak zalim...bagi bukak pub! Tapi kerjaan UMNO dulu tak bolehlah...puak-puak paih punyalah serang macam dalam BN ni ada UMNO saja..La ni baru depa tau yg dalam Pakatan reput juga ada kaki mabuk, ada kaki betina ada kaki ekoq. Yang penting kita jangan berkaki dengan depa...inila islam israel yg dpuja2 dn dsanjung puak2 serta konco2 pas....sbnrnya diorg tu teringin nk sume ni...ckp x serupa bikin...

Tahukan Tuan2 bahawa Ustaz Azizan juga adalah pengerusi PKNK, yang mempunyai anak syarikat yang turut menjual arak. Secara langsung Ustaz Azizan adalah tauke arak*. Tahniah, selain meluluskan, Ustaz sendiri turut menjadi tauke. Selamat membangun bersama Islam... *Bukti: Sila semak anak syarikat PKNK yang terlibat dalam operasi golf, anda pasti jumpa.


KHALID BARUA DAP NAK PELINGKUP SHAH ALAM



Al-kisah si khalid gagap ingin membantu dap untuk bertapak di shah alam yang mejoritinya di duduki oleh orang melayu, terbinanya i-city menjadi laluan mudah untuk dap menggunakan khalid untuk mereka mendapat tempat di shah alam.

I-City adalah anak syarikat I Berhad, sebuah syarikat 50-50 milik Permodalan Nasioanal Berhad (PNB) semasa khalid menjadi bossnya dulu, owner I-Berhad, Dato Lim Kim Hong adalah sahabat baik khalid, sewaktu I-City dalam pembinaan dulu, mereka telah merampas tanah sebuah estet yang dikenali sebagai ladang midland (kalau tak silap) mereka merampas tanah-tanah milik pekebun kelapa sawit tampa memberi mereka tempat tinggal alternatif, senang cerita pekerja estet tu di halau keluar oleh kawan khalid owner i-city tu.

Jadi kerajaan negeri selangor ketika itu dibawah pentadbiran Khir Toyo terpaksa membantu perkerja-perkerja estet ini untuk mendapatkan rumah untuk mereka, setelah puas bertegang leher antara kerajaan negeri dan syarikat i-city, akhirnya syarikat i-city bersetuju untuk memperuntukan sejumlah bidang tanah untuk dijadikan sekolah rendah tamil, hanya itu sahaja yang i-city termampu nak bagi, maka kerajaan negeri ketika itu terpaksa pula memberi para perkerja estet ini rumah untuk mereka, sekarang ini siapa yang pergi ke seksyen 7 (baru) shah alam, ada 2-3 block flet pkns kos rendah, itu lah rumah yang kerajaan negeri pimpinan khir toyo sediakan untuk mereka, harga tawaran yang mereka dapat lebih kurang bawah rm 30 ribu ringgit.

Bila pakatan haram perintah negeri selangor, perjanjian untuk sebidang tanah untuk dijadikan sekolah tamil lenyap sama sekali, tanah yang asalnya untuk sekolah tamil kini bertukar statusnya kepada pangung wayang, gelanggang bowling, taman tema dan tak terkecuali kelak akan didirikan pub, disco, karaoke, spa dan lain-lain pusat maksiat.





Soalnya sekarang ni, cukup kuatkah surat yang di keluarkan oleh Pejabat KDYMM Sultan Selangor untuk menghalang premis perjudian dan maksiat dari beroperasi di kawasan i-city tu? berani ke khalid ibrahim melarang cita-cita kawan dia tu? perlu kita ingat, tatkala Tuanku memberi amaran lisan menghalang masjid dan surau dijadikan tempat berpolitik, pun pakatan haram tetap juga gunakan masjid dan surau untuk berpolitik, siap jemput sikafir xavier berceramah dan kita juga perlu ingat si khalid ibrahim bukan politician, dia ahli koprat, ahli koprat semacam khalid ni tidak pernah memikirkan kebajikan, ahli koprat seperti khalid ni hanya mementingkan untung dan duit semata-mata, sampaikan upah servis kereta dia pun, dia claim pakai duit kerajaan negeri, punya la kedekut, malah duit tabung masjid pun dia nak laburkan di tempat-tempat pelaburaan yang di curiga halal haramnya, atas alasan khalid, boleh mendatangkan keuntungan.

Jadi penduduk shah alam janganlah terlalu percaya yang khalid tidak akan membenarkan kawannya tu mendirikan pusat maksiat di shah alam, kenapa det kata macam tu? pasal khalid ni telah terlalu banyak termakan budi dengan lim kim hong ni, kalau korang nak tahu mane khalid dapat duit untuk beli saham guthrie? korang baca sini, tahun lepas lagi det dah keluarkan cerita pasal perangai khalid ibrahim dan hubungan dia dengan syarikat i-berhad/i-city ini.


ARTIKEL MENARIK BUAT KAKI PENYOKONG KOMUNIS



Aku terbaca artikel ni, memang best ! Feriz Omar's views are always radical than others ! Brilliant.

Berperikemanusiaankah Chin Peng? — Feriz Omar
JUNE 23 — Nampaknya isu pertelingkahan dalaman PAS ekoran daripada susulan “kerajaan perpaduan” masih belum ada kepastian. Namun ada baiknya jika kita berdoa ke hadrat Ilahi demi kebaikan dan perpaduan ummah.

Sementara menanti perkembangan seterusnya, desakan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Jun lalu untuk menghalalkan “Raja Komunis Malaya” pulang atas dasar “perikemanusiaan”, membuat saya teruja untuk mengupas saranan itu.

Sebelum belayar jauh, persoalan sama ada Chin Peng itu sendiri “manusia yang berperikemanusiaan” perlu dijawab.

Keputusan kerajaan sebenarnya jelas dan wajar, malah tiada sebab pun isu itu disensasi dan diperpanjangkan lagi. Tindakan mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbentuk populis ternyata bersifat murahan, tidak sensitif dan perlu dihentikan segera.

Tidak terfikirkah tentang perasaan ahli masyarakat yang pernah hidup dalam kesengsaraan akibat kehilangan ahli keluarga gara-gara kekejaman komunis?

Perjuangan “Kemerdekaan” PKM?

Menyelusuri sejarah, Parti Kuomintang dari China dengan fahaman komunisme berhasrat menubuhkan cawangan di Tanah Melayu sekitar tahun 20-an. Tetapi ia ditolak dan kemudiannya mendorong kepada penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) pada 1930.

Memang jelas di peringkat ini bibit-bibit kemunculan PKM sebenarnya tiada kena mengena pun dengan perjuangan kemerdekaan. Sememangnya, perjuangan PKM lebih berkait rapat dengan penentangan penjajahan Jepun di Tanah Melayu melalui Malayan Peoples’ Anti Japanese Army (MPAJA), di mana majoriti pendapat bersetuju bahawa ia didorong atas faktor Jepun sendiri yang merupakan musuh ketat kerajaan komunis di China.

Pandangan yang mengatakan PKM memperjuangkan kemerdekaan negara juga tidak berasas. Kita tidak menafikan bahawa PKM juga melakukan penentangan terhadap Jepun dan British.

Namun dosa PKM menumpahkan darah orang awam tidak boleh diampunkan sampai bila-bila. Tindakan membunuh dan menyeksa orang ramai selepas kekalahan tentera Jepun dan penentangan terhadap British ketika negara sudah di ambang kemerdekaan membuktikan bahawa PKM sebenarnya celaru dengan perjuangan mereka sendiri.

Kalau dinilai tindakan PKM meneruskan penentangannya lebih 30 tahun selepas kemerdekaan, untuk apa sebenarnya? Sudah terang lagi bersuluh. Jelas sekali tujuan utama PKM bukanlah untuk kemerdekaan, sebaliknya untuk menubuhkan kerajaan komunis yang menganjurkan fahaman “perhambaan minda” rakyat Malaysia!