Adalah Baik Nizar Kena Ikat

Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat mahukan panel penuh 11 hakim Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan beliau untuk membatalkan pengisytiharaan Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak.


Menurut Nizar, panel 11 hakim itu amat perlu memandangkan rakyat meletakkan harapan tinggi kepada mahkamah untuk menyampaikan keputusan yang adil dan saksama bagi merungkai krisi Perlembagaan Perak.

Nizar memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan hari ini bagi membatalkan keputusan mengejut Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar.

Tiga hakim berkenaan membuat keputusa itu dalam tempoh lima minit pada bulan lalu dan sekali gus mengejutkan ramai pengamal undang-undang, bekas hakim dan rakyat keseluruhan.

Mereka telah berjanji untuk mengemukakan hujah bertulis bagi menyokong keputusan bingkas itu namun gagal berbuat demikian sehingga menyulitkan rayuan Nizar untuk membatalkan keputusan berkenaan.

Nizar tiba di Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan sekitar jam 3.00 petang nanti bersama peguam Leong Cheok Keng.

Rayuan berkenaan akan didengar pada 9 dan 10 Julai depan.



KAHKAHKAH! Beruk made by Pas ni tak serik-serik lagi. Apakah dia disuruh oleh Nga & Ngeh untuk teruskan perjuangan 2 ekor Dap Keparat itu?! KahHkHahkahHakhAh!

0 comments:

Post a Comment