Pegawai kementerian pulau mesyuarat 4 negeri

Kakitangan jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di empat negeri Pakatan Rakyat (PR), dilarang menghadiri mesyuarat pembangunan negeri, daerah dan kursus anjuran kerajaan negeri terbabit.

Menterinya, Datuk Noh Omar, berkata arahan itu berkuat kuasa serta-merta dan ia dilaksanakan berikutan kerajaan pembangkang di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan gagal memberi kerjasama termasuk tidak pernah menyalurkan peruntukan kewangan kepada jabatan dan agensi kementerian untuk menjalankan program dan projek berkaitan pembangunan pertanian dan masyarakat petani, nelayan dan penternak di negeri berkenaan.

Beliau berkata, selama ini hanya kerajaan Pusat menyediakan peruntukan bagi membantu memajukan sektor pertanian dan golongan berkenaan.

"Kalau kerajaan negeri tak menyediakan peruntukan dan hanya keluar arahan untuk pegawai kita melaksanakan projek dan program membantu petani, nelayan dan penternak, tak perlulah pegawai dan kakitangan agensi ini menghadiri kursus atau mesyuarat majlis pembangunan negeri dan daerah yang diadakan kerajaan negeri itu.

"Pegawai dan kakitangan agensi saya hanya perlu hadir mesyuarat Majlis Pembangunan Persekutuan yang diwujudkan di empat negeri berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang LKIM 2008 di sini, semalam.

Noh berkata, kerajaan PR Selangor contohnya, sebelum ini pernah berjanji membantu nelayan di negeri itu, tetapi tidak melakukannya menerusi agensi kementerian seperti LKIM, sebaliknya menyatakan nelayan yang berminat mendapatkan bantuan kewangan boleh memohon menerusi Unit Perancangan Ekonomi Negeri (Upen).

Pada majlis itu beliau juga mengumumkan elaun sara hidup untuk kira-kira 55,000 nelayan di seluruh negara tidak lagi dibayar melalui bank seperti sekarang, sebaliknya dibayar secara tunai oleh LKIM.


Jgn Beri Ruang Kongsi Gelap Memerintah Negara!

Lim mahu SPRM jalankan soal siasat di pejabat kerajaan negeri...

"Kami menuntut keadilan dan sekiranya polis gagal memenuhinya, maka Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan patut melepaskan jawatannya atau tempoh perkhidmatannya tidak dilanjutkan," kata Lim, sambil meminta polis bersikap profesional dalam menjalankan tugas mereka.

Pemuda Gerakan Pulau Pinang meletakkan syarat yang sama kepada Lim G Eng jika beliau tidak menjelaskan isu berpindah dari rumah kerajaan ke banglo mewah yang disewanya siap dengan renovation sekali.

Apa reaksi Lim? Buat pekak.

Nampaknya penduduk Kg. Buah Pala akan menunggu PAKATAN menununaikan janji 51 tahun lagi.

Selepas beberapa peristiwa yang lebih penting berlaku seperti isu BABI, kini timbul peristiwa baru yang lebih penting. RM20 000 duit rakyat Selangor telah digunakan dan ada ura-ura meminta kerajaan Selangor menanggung hidup tunang dan anak mangsa.

Lim sudah semestinya SANGAT sibuk atau buat-buat SANGAT sibuk maka undi anda Mac 2008 lalu adalah sesalan 5 tahun lagi.

Rakyat kata: Rakyat Malaysia bersatu, jangan beri ruang kongsi gelap memerintah!


PAS Bukan lagi parti yang memperjuangkan Islam

PAS yang kononnya membawa Islam pada nama parti mereka bersikap bertentangan dengan apa yang Quran sendiri sarankan kepada pencinta Islam sebenar!

Nizar : Dimanakah dalam transkrip2 PAS dalam memorandum ker perlembagaan PAS sendiri ada menyatakan nak melaksanakan Negara Islam?

Husam: No hudud without consent of KeADILan and DAP..

Pas bukan Parti Islam.Pas ialah Parti Pendendam dan tidak ada rahmah antara saudara sesama agama mereka!

PAS parti yang suka berkawan dengan Syaitan tetapi Allah berfirman:4:119:- Dan barang siapa yang mengambil syaitan menjadi pelindung selain Allah, sesungguhnya rugilah dia, rugi yang senyata-nyata.

Saya semakin hari semakin tak faham dengan sikap dan cara PAS.Kononnya nak perjuangkan Islam. Kononnya UMNO harus bertaubat dan meminta maaf kepada PAS. Tapi kenapa DAP yang terang2 menghina Islam dan penubuhan negara Islam serta menentang pengishtiharaan Malaysia sebagai negara Islam tidak pernah diminta untuk meminta maaf kepada orang Islam di malaysia oleh PAS ???
Wah betapa 'double standardnya' PAS dalam memperjuangkan Islam.

Orang2 UMNO yang percaya kepada Allah dan memperakui kenabian Rasulullah SAW dilayan dengan kasar dan kurang ajar seperti 'anjing kurap' ...Tetapi DAP yang bertuhankan 'kesyirikan' serta menolak kenabian Rasulullah SAW dilayan seperti 'bidadari syurga'!!!!!

PAS berpelukan dengan DAP dan bekerjasama dengan DAP/PKR untuk menjatuhkan kerajaan BN yang telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan kerajaan yang telah banyak menyediakan kemudahan dalam pendidikan islam, kewangan islam, perkahwinan islam , peruntukan khas dana kerajaan untuk kemajuan agama Islam di Malaysia etc etc etc.


MARILAH KITA BERSATU DAN RAPATKAN SAF KITA KEMBALI WAHAI KAUM MELAYU YANG BERSYARIATKAN AGAMA ISLAM DEMI KESEJAHTERAAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA KITA..

Diterbitkan di Manik Urai Online