ARTIKEL MENARIK BUAT KAKI PENYOKONG KOMUNIS



Aku terbaca artikel ni, memang best ! Feriz Omar's views are always radical than others ! Brilliant.

Berperikemanusiaankah Chin Peng? — Feriz Omar
JUNE 23 — Nampaknya isu pertelingkahan dalaman PAS ekoran daripada susulan “kerajaan perpaduan” masih belum ada kepastian. Namun ada baiknya jika kita berdoa ke hadrat Ilahi demi kebaikan dan perpaduan ummah.

Sementara menanti perkembangan seterusnya, desakan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Jun lalu untuk menghalalkan “Raja Komunis Malaya” pulang atas dasar “perikemanusiaan”, membuat saya teruja untuk mengupas saranan itu.

Sebelum belayar jauh, persoalan sama ada Chin Peng itu sendiri “manusia yang berperikemanusiaan” perlu dijawab.

Keputusan kerajaan sebenarnya jelas dan wajar, malah tiada sebab pun isu itu disensasi dan diperpanjangkan lagi. Tindakan mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbentuk populis ternyata bersifat murahan, tidak sensitif dan perlu dihentikan segera.

Tidak terfikirkah tentang perasaan ahli masyarakat yang pernah hidup dalam kesengsaraan akibat kehilangan ahli keluarga gara-gara kekejaman komunis?

Perjuangan “Kemerdekaan” PKM?

Menyelusuri sejarah, Parti Kuomintang dari China dengan fahaman komunisme berhasrat menubuhkan cawangan di Tanah Melayu sekitar tahun 20-an. Tetapi ia ditolak dan kemudiannya mendorong kepada penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) pada 1930.

Memang jelas di peringkat ini bibit-bibit kemunculan PKM sebenarnya tiada kena mengena pun dengan perjuangan kemerdekaan. Sememangnya, perjuangan PKM lebih berkait rapat dengan penentangan penjajahan Jepun di Tanah Melayu melalui Malayan Peoples’ Anti Japanese Army (MPAJA), di mana majoriti pendapat bersetuju bahawa ia didorong atas faktor Jepun sendiri yang merupakan musuh ketat kerajaan komunis di China.

Pandangan yang mengatakan PKM memperjuangkan kemerdekaan negara juga tidak berasas. Kita tidak menafikan bahawa PKM juga melakukan penentangan terhadap Jepun dan British.

Namun dosa PKM menumpahkan darah orang awam tidak boleh diampunkan sampai bila-bila. Tindakan membunuh dan menyeksa orang ramai selepas kekalahan tentera Jepun dan penentangan terhadap British ketika negara sudah di ambang kemerdekaan membuktikan bahawa PKM sebenarnya celaru dengan perjuangan mereka sendiri.

Kalau dinilai tindakan PKM meneruskan penentangannya lebih 30 tahun selepas kemerdekaan, untuk apa sebenarnya? Sudah terang lagi bersuluh. Jelas sekali tujuan utama PKM bukanlah untuk kemerdekaan, sebaliknya untuk menubuhkan kerajaan komunis yang menganjurkan fahaman “perhambaan minda” rakyat Malaysia!

0 comments:

Post a Comment