Belina Shop

Anwar Kena Tampar Najib

Ucapan sulung Presiden parti DS Najib hari ini menyelar golongan yang sudah mewah, golongan yang sudah kaya raya hasil daripada tempoh pemerintahan singkat DS Anwar Aljuburi dalam kerajaan.

Golongan berkenaan yang meraih kekayaan kerajaan terdiri daripada kroni2 Anwar yang dengan lantang meminggirkan kaum melayu, menuntut hak kesamarataan kerana telah merasakan diri begitu mewah, sudah mencukupi dengan apa yang diperolehi, tanpa memikirkan masalah mereka yang masih lagi merangkak untuk menyaingi ataupun sekurang2nya menyamai orang lain.

Mereka ini hidup mewah, kaya raya tapi bagaimana dengan saudara seagama kita di kampung2, sebaliknya golongan ini menggunakan kemewahan yang mereka kecapi semasa di dalam kerajaan dahulu digunakan untuk memperbodohkan orang2 kampung. Inilah dasar manusia yang tidak pernah berterimakasih, lupa asal usul dan lebih teruk bila menggunakan isu ketuanan melayu bagi menyemarakkan semangat kaum lain.

Golongan inilah yang telah memecahbelahkan perpaduan melayu dan amat wajar sekali digelar PENGKHIANAT BANGSA.


0 comments:

Post a Comment