Belina Shop

Penipuan Terbaru Pas Mengenai Comolot Dgn Ibrahim Ali

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendirian Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini bahawa Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali perlu meletakkan jawatannya susulan dengan tindakan yang dilihat tidak sehaluan dengan parti tersebut.

“Saya minta dia keluar... yang melantik dia (bertanding di Pasir Mas) saya dengan bendera Pas. Bila (Pas) kawasan Pasir Mas minta dia undur, dia kena berundur. Duit yang dia makan tu tidak betul, sembahyang Tuhan tak terima,” katanya.

Statement ini kita perlu tengok dan ketawa dan tersengih sambil membacanya. Siapa tak kenal Pas ni 'kaki pelakon' yang pernah memenangi anugerah pelakon terbaik S**** Palsu? Kat Kedah, isu roboh pusat penyembelihan babi sampai DAP bertindak keluar dari Pakatan Kedah. Keluar kejap je, pastu COMOLOT balik.

Sama juga dalam situasi ini, dorg minta Ibrahim Ali undur diri dan xpeduli jika Ibrahim bertanding di kawasan Pasir Mas PRU13. Pas juga akan meletakkan calon Pas sendiri di kawasan itu pada PRU 13 nanti. Sekarang cakap awal bolehlah, dah nak dekat-dekat PRU13 nanti siap comolot lagi dengan Ibrahim. Tengoklah nanti.. Payah nak percaya statement Pakatan ni, kejap lagu ni.. esok lusa lagu tu pulak.

Memang betul la kata Tun Mahathir, orang berpakat-pakat ni biasanya nak buat kerja jahat.


Kapten Pengkhianat Di Bagan Pinang

Bila agaknya tarikh pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang? Tak apalah kita serahkan pada SPR yang lebih bijak dalam menentukan tarikh tersebut. Kita bukan orang yang jenis suka mencari salah orang di dalam membuat keputusan dan kita selalunya taat dalam menerima keputusan. Bukan macam pihak yang satu lagi tu yang kalau boleh nak keputusan yang ikut kehendak dan kemahuan dia orang. Gila dan tak waras macam tulah selalunya.

Khabarnya parti politik dah mula bergerak di Bagan Pinang hingga dah menjelajah ke kem tentera. Kalau nak masuk kena ketuk pintu..soalnya siapa yang ketuk dan siapa yang buka pintu? Kalau kasi biawak masuk ke dalam reban dah kira kes bahaya..Siapa agaknya tuan punya reban yang baik hati tu???Itu yang aku dengar entah betul entah tidak..Namanya pun perkhabaran..Bukan fitnah pasal kita tak pandai nak fitnah macam geng tu..Siapa nak jawab perkhabaran ni??

-nujum pak belalang-

Jawapan: anak kepada calon pas yang kerja di Kem tentera itu .. pangkatnya Kapten.


Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor emakin ditentang rakyat!

Retak menanti belah. itulah yang berlaku sekarang. Pas selangor bergolak hebat. Satu kumpulan sokong YB ADUN-ADUN pas jadi bebas dan satu pihak masih setia bersama pakatan Rakyat.

Semalam satu perjumpaan tertutup di kalangan orang penting Pas selangor gara-gara ura-ura yang tersebar luas di Selangor kononnya ada beberapa ahli ADUN PAs selangor yang akan bertindak keluar pakatan dan menjadi ahli bebas seperti yang berlaku di PERAK.

Menurut sumber antara perbincangan yang hangat ialah siapa dalang semua ini. Adalah khabar angin yang mengatakan ada YB pas yang telah mengunjungi putrajaya untuk berhijrah. Hangat perbincangan semalam. Kumpulan ini khususnya yang merupakan penyokong tegar Anwar Ibrahim bersedia untuk 'berjihad' sendainya perkara lompat parti benar-benar berlaku di Selangor