Belina Shop

PAS Tidak Terkecuali Walau Sekecil Zarah Itu


SHAH ALAM 4 Jun - Pas Selangor hari ini menafikan wujud amalan fitnah, hasut- menghasut serta pemberian hadiah secara berleluasa sempena Muktamar Tahunan Pas kali ini.

Pesuruhjayanya, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali berkata, amalan sedemikian tidak pernah berlaku dalam parti itu kerana adanya pemantauan yang dilakukan oleh jawatankuasa yang telah dilantik.

''Kita (Pas) tidaak pernah beri hadiah, rasuah, fitnah dan hasut-menghasut dalam Pas.

''Walaupun kita ada kempen untuk pemilihan jawatan parti, namun kita hadkan perkara itu selain membuat pemantauan oleh jawatankuasa yang dilantik.

''Malah dalam muktamar kali ini, kita gunakan wang hasil daripada sumbangan ahli parti,'' katanya selepas mengadakan sesi lawatan media ke tapak Muktamar Tahunan Pas Ke-55 di Stadium Melawati, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang menyifatkan muktamar tahunan parti itu kali ini lebih 'kotor' daripada sebelumnya.

Dakwaan tersebut dibuat kerana sepanjang kempen pemilihan jawatan tertinggi Pas beberapa minggu lalu telah dicemari dengan beberapa insiden fitnah-memfitnah, hasutan termasuklah dakwaan rasuah.

Menurut Mohamad Khir, pendekatan kempen seumpama itu dipercayai didorong oleh keghairahan ahli Pas yang mahu memenangkan calon mereka yang bertanding dalam pemilihan parti itu.

Dalam pada itu, Hassan yang juga Exco kerajaan negeri menyifatkan Mohamad Khir membuat kenyataan itu kerana 'cemburu' dengan kejayaan Pas menguruskan parti tersebut.

''Apa yang dinyatakan oleh Mohamad Khir disebabkan beliau cemburu tengok kita urus parti kita. Kalau dia tengok betul-betul kita uruskan Pas, mungkin dia akan masuk Pas,'' ujarnya. Utusan Malaysia

Nota kaki - PAS nak cuba menafikan? Haa.. sekarang barulah merasa apa rasanya kena tuduh macam tu. Sebelum ni PAS atau parti politik yang lain seringkali menuduh BN itu ini tanpa sebarang bukti dan sekarang ni bila pembangkang negeri Selangor buat statement camtu terus nak menafikan? Tiada sesiapa pun yang tidak pernah buat silap ini termasuklah alim atau tidak. Seperti buah manggis, diluarnya buruk .. tetapi didalamnya putih bersih suci dan murni dan adalah bagus jika semua ahli politik bersifat seperti buah manggis. Tapi dunia zaman kini, ade ke orang nak berlaku jujur? Takkan jumpe. Pas juga tidak terkecuali.

0 comments:

Post a Comment